Etimologi
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri".
Sejarah Perkembangan
Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid
dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di
antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga
dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.
Ketika
pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat
Islam, terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu
memahami ajaran Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan
falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan
umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak
selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.
Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah).

Ajaran asas
Muktazilah mempunyai lima ajaran asas yaitu:1. Al-Tauhid التوحيد:
*Muktazilah
percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari
majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari
dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi
kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan
perwatakan manusia (anthropomorphic) atau tidak menerangkan
langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam wahyu. Muktazilah
mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata
lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui kerana
zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing dari
diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan
Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.
*al-Qur'an ialah makhluk.
*Tuhan
di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata
manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala:
قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانىyang bermaksud:
“Maka
Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang
Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau
tidak sekali-kali dapat melihat Ku”
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan “لن” yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan “لن” yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
2. Al-'Adl العدل - Keadilan Tuhan
Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di dunia, Muktazilah percaya kepada free will
(kebebasan manusia). Kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku
kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu. Muktazilah tidak
menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi
disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan. Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya.

3. Al-Wa'd wa al-Wa'id الوعد و الوعيد - Janji dan amaran
Mereka
berpendapat Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada
muslimin yang baik dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada
hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn المنزلة بين المنزلتين - Posisi pertengahan
Pendapat ini dicetuskan Wasil ibn Ata
yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri, bahwa mukmin
berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi
juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik.
Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini
Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka
ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua
golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر - menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran
Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala:
"وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر الله " yang bermaksud:

"Dan
jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di
antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim
terhadap yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia
kembali mematuhi perintah Allah."
Akal dan wahyu
Golongan
Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di
antara keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia.
Bagi golongan ini, akal manusia membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya
dan akhlak. Apabila pengetahuan asas ini dan kebenaran Islam dan wahyu
al-Quran dicapai, akal dan kitab suci akan menjadi sumber utama kepada
panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam. Harun Nasution dalam Muktazilah dan Falsafah Rasional
(1997), berhujah penggunaan meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam
memajukan pandangan agama mereka dengan menulis: "Adalah tidak
menghairankan penentang Muktazilah seringkali menuduh Muktazilah sebagai
manusia yang tidak memerlukan wahyu, bahawa bagi mereka semuanya boleh
diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di antara akal dan wahyu,
bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan
Muktazilah tidak mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah
berpendapat semuanya boleh diketahui melalui akal dan oleh itu wahyu
tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan Muktazilah menunjukkan
sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup kuat untuk
mengetahui segalanya dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk
sampai kepada kesimpulan berkenaan apa yang baik dan apa yang tidak baik
untuk mereka."
Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik oleh Abu al-Hasan al-Ash'ari
(wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi mazhab Ash'ari,
dengan mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam (wafat
231 selepas hijrah/845M):
“ كل معصية كان يجوز أن يأمر الله سبحانه
بها فهي قبيحة للنهي، وكل معصية كان لا يجوز أن يبيحها الله سبحانه فهي
قبيحة لنفسها كالجهل به والاعتقاد بخلافه، وكذلك كل ما جاز أن لا يأمر الله
سبحانه فهو حسن للأمر به وكل ما لم يجز إلا أن يأمر به فهو حسن لنفسه ”
Tokoh Muktazilah
Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:
- Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.
- Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
- an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
- Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i (849-915 M).
Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan muslim dan bukan muslim.
Sumber: Wikipedia (23/11/13)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar